Bismillah, Assalamualaikum,...Saya adalah bekas pengamal aurad muhammadiah semenjak 10 tahun yang lalu dan kini ingin mengajak kepada semua pengamal aurad muhammadiah supaya meninggalkan terus dari membaca aurad ini kerana nyata akan kesesatannya dan telah pun difatwakan haram oleh jakim. Aurad muhammadiah merupakan amalan dari Sheikh Muhammad Bin Abdullah As-Suhaimi ketika beliau masih hidup dan kini telah meninggalkan dunia semenjak tahun 1925 dan dikebumikan di tanah perkuburan klang. Hakikatnya sheikh suhaimi telah mati!!!. Amalannya telah terhenti 7 tahun selepas kematian beliau iaitu 1932. Untuk pengetahuan, didalam ayat aurad, ayat pencak terdapat khadam-khadam jin yang beribu bilangannya yang sebanrnya bukanlah boleh diamalkan lagi kerana amalan sheikh suhaimi telah mati(expire) selepas kematiannya. jika diamalkan juga, dikuatiri akan boleh melarikan akidah kerana ayat aurad sebenarnya boleh mendatangkan mudharat kepada pengamalnya. wahai umat islam, kembalilah kepada ajaran islam sebenar dan tinggallah perkara yang membawa kepada kesesatan. bertaubatlah, kerana amalan dan ibadah tidak akan diterima oleh Allah. Amalan Aurad yang diijazahkan oleh guru-guru seperti ashari, sebenarnya bukanlah seorang yang bertaraf wali Allah yang mengaku dirinya keturunan bani tamim itu, tetapi sebenarnya dia adalah wali aus syaitan yang bertopengkan Islam, kebiasaan mereka ini selalunya mempunyai ilmu yang nampak seperti tingginya, seorang yang alim, padahal mempunyai misi tertentu untuk menyesatkan sekalian umat islam. Zaman Sheikh Suhaimi telah pon berakhir, Soal menentukan siapa sebenarnya imam mahadi bukanlah urusan kita, tetapi adalah urusan Allah. Allah akan menentukan dan mengislahkan siapa sebenarnya imam mahadi itu. tetapi kita boleh percaya akan kemunculan imam mahadi, tetapi yang pasti bukanla sheikh suhaimi. tidak mungkin orang yang mati akan hidup kembali. wallahualam, wassalam
zul_universe