dakwaan terbaru abuya dalam rufaqa (walidah sampaikan dari alam ghaib ni)
1. Haji Asaari mendakwa dirinya memiliki tongkat Nabi Musa yang pernah menyelamatkan Bani Israel daripada ditelan laut Merah. Haji Asaari meyakini tongkat tersebut akan membantunya. Persoalannya ialah adakah mukjizat Nabi Musa masih ada lagi pada masa kini dan adakah Haji Asaari juga dikurniakan mukjizat seperti Nabi Musa?
2. Haji Asaari mendakwa dirinya boleh berbincang dengan Malaikat Maut untuk menangguhkan kematian para pemimpin pertubuhannya. Malah, dia mendakwa ajal kematian seseorang boleh ditukarkan kepada orang lain. Dirinya memilik ‘karamah’ sehingga mengetahui tarikh dan detik kematian seseorang. Dia mendakwa, mana-mana individu yang dianggap penting dalam cita-cita politiknya boleh ditangguhkan kematiannya.
3. Dia sering mendakwa mengadakan mesyuarat di alam ghaib bertemu dengan beberapa individu selain Rasulullah seperti Sheikh Suhaimi, Imam Shafie dan Imam mazhab serta ulama’ terdahulu yang lain. Hasil mesyuarat tersebut akan diberitahu kepada para pemimpin melalui sesi ekspedisi yang dibuat pada selepas subuh setiap hari.
4. Haji Asaari mendakwa cinta Allah hanya boleh diperolehi dengan mencintai ‘orang Tuhan’ terlebih dahulu. Malah ia menjadi syarat utama mendapatkan cinta Allah. ‘Orang Tuhan’ adalah gelaran khusus untuk dirinya dengan menganggap dirinya wakil Tuhan di akhir zaman ini. Ini bermakna, untuk mencintai Allah dan menjadi orang bertaqwa, seseorang itu perlulah mencintai sepenuh hati terhadap Haji Asaari. Bukti kecintaan itu ialah dengan pengorbanan harta besar-besaran.
5. Haji Asaaari mendakwa ‘roh’ Kaabah telah berpindah ke dalam dirinya. ‘Roh’ Kaabah yang dimaksudkan di sini ialah ‘sifat Kaabah yang boleh mengubah seseorang menjadi baik dan bertaubat’. Perkara ini timbul apabila seorang wartawan hiburan telah menziarahinya dan menyatakan bau badannya sama seperti bau Kaabah. Sehubungan itu, dia mengulas bahawa ‘roh’ Kaabah sudah berpindah kepada dirinya. Dia berpendapat, orang yang menunaikan haji dan umrah sudah tidak lagi rasa ingin bertaubat dan menjadi baik. Tetapi, dengan berjumpa dengannya, seseorang itu akan mendapat kesedaran dan membuat perubahan ke arah kebaikan.
6. Haji Asaari juga mendakwa dirinya berupaya untuk memantau para pengikutnya dengan kuasa roh. Dirinya mempunyai ‘kuasa’ boleh mengetahui gerak-geri, perbuatan dan rasa hati para pengikutnya walaupun berada jauh darinya. Perkara ini menjadikan para pengikutnya rasa dikawal oleh Haji Asaari sehingga takut dan tidak pernah mempertikaikan sebarang arahan Haji Asaari. Ketaatan membuta tuli timbul sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan Haji Asaari.
7. Pada setiap majlis kuliah ataupun ekspedisi, para pemimpin sering mengatakan ‘roh Abuya’ (Haji Asaari) hadir bersama dalam sesi tersebut untuk memantau dan melihat bagaimana hati-hati para pengikutnya. Para pengikutnya bertambah risau dan gusar kerana mereka berpendapat Haji Asaari mengetahui semua ‘sejarah dosa’ mereka. Dengan itu, penyucian dosa perlu dibuat dengan solat taubat dan memberikan seberapa banyak harta yang boleh kepada Haji Asaari.
8. Haji Asaari seringkali mendakwa semua arahan yang dikeluarkannya adalah arahan daripada pihak Rasulullah s.a.w. yang bertemu dengannya secara jaga. Ini menjadikan dirinya dianggap mulia oleh para pengikutnya dan mereka sangat taat kerana menganggap Haji Asaari adalah wakil Rasulullah. Sehubungan itu, setiap tindakannya akan disandarkan dengan arahan Rasulullah yang dipanggil ‘mesej’. Setiap ‘mesej’ itu akan menjadi asas kepada ramalan-ramalan yang bakal berlaku di Malaysia terutama dalam konteks politik. Bagaimanapun, penulis mendapati ‘mesej’ itu tidak menjadi kenyataan malahan bertentangan dengan realiti yang berlaku.
9. Haji Asaari mendakwa dirinya boleh menyelamatkan pengikutnya daripada azab kubur dan ketika menjawab persoalan Malaikat Mungkar Nakir. Ini kerana peranan dirinya sebagai mursyid yang dapat memberi syafaat di akhirat.
10. Para pengikut didedahkan kepada amalan ‘sunnah Abuya’ yang merujuk kepada amalan ritual yang dibuat oleh Haji Asaari. Sebagai contoh, ‘makan mengikut sunnah Abuya’. Secara tidak langsung, perkara tersebut telah mengikis konsep ‘sunnah Nabi’ di kalangan para pengikutnya. Konsep ini bertujuan untuk meningkatkan lagi rasa taksub di kalangan para pengikutnya dan mengkultuskan peribadinya secara berperingkat.
11. Dia menganggap dirinya adalah ‘Super Soleh’ iaitu orang yang paling tinggi ketaqwaan di dunia sekarang. Dirinya adalah ulama’ yang bertaraf mujtahid dan mendapat ilmu secara ilham, secara langsung dan terus daripada Allah. Dia mendakwa dirinya boleh menyampaikan kuliah ilmu kepada para pengikutnya berasaskan ilham dan firasat yang Allah kurniakan terhadap dirinya.
12. Haji Asaari mendakwa dirinya adalah terpelihara daripada dosa, iaitu mahfuz (dipelihara Allah). Walaupun bukan ditahap maksum (terpelihara daripada dosa) sebagaimana Nabi, dirinya tidak akan melakukan maksiat atau kesilapan dan sentiasa dipelihara oleh Allah. Sekiranya melakukan kesilapan, Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang. Dengan itu, segala ajaran dan arahannya tidak mungkin akan berlaku kesalahan dan perlu dipatuhi secara total.
13. Haji Asaari mendakwa dirinya adalah wali malah berpangkat Ketua Wali pada masa kini. Dirinya boleh memanggil seluruh wali secara ghaib dan membuat perjumpaan secara ghaib. Dia mendakwa, seluruh wali di alam ghaib telah ‘berbai`ah’ (mengikat janji setia) terhadap dirinya. Haji Asaari meminta para pemimpinnya agar mendedahkan kepada masyarakat awam tentang kewaliannya terutamanya ketika program seminar atau kuliah bersama mereka.
14. Haji Asaari mendakwa bahawa Aurad Muhammadiah akan menjadi ‘mazhab’ rasmi ketika ‘zaman Daulah’ berlaku nanti. Malah, dia berpendapat Imam Mahdi akan menjadikan ajarannya (Aurad Muhammadiah) sebagai mazhab rasmi.
15. Haji Asaari sering menyifatkan dirinya adalah ulama’ bertaraf Rasul. Dia menamakan dirinya ‘Rasul yang bukan Rasul’. Dia berpendapat, Allah telah menjadikan sifat kepimpinan Rasul ada pada dirinya.
16. Ketika menjalani tahanan kediaman terhad di Rawang, Haji Asaari tidak menunaikan solat Jumaat atas alasan bahawa khutbah Jumaat masa kini tidak mengikut syariat Islam kerana melibatkan unsur fitnah terhadap orang lain. Dia hanya bersembahyang Zuhur di rumah dan memberi arahan kepada para pengikutnya agar tidak mengikut ijtihadnya. Bagaimanapun, mengikut pemerhatian penulis, ramai di kalangan pemimpin lapisan pertama yang tidak bersembahyang Jumaat kerana mengikut ijtihadnya. Sebagaimana yang dimaklumi, kegagalan seseorang muslim menunaikan solat Jumaat merupakan satu jenayah syariah di semua negeri di Malaysia.
17. Haji Asaari mendakwa kekhusyukan dalam sembahyang hanya boleh dibuat jika para pengikutnya menyeru namanya (bertawasul) ketika sebelum takbiratul ihram. Dia mendakwa dirinya adalah wakil kepada Tuhan dan boleh membawa sembahyang tersebut ke hadapan Allah. Dengan itu, sembahyang tersebut akan diterima oleh Allah kerana Haji Asaari yang membawa ibadah tersebut kepada Allah. Allah menerimanya kerana kemuliaan dan ketinggian taraf Haji Asaari sebagai pemuda Bani Tamim.
18. Dia mendakwa memiliki perbendaharaan emas di alam ghaib yang akan keluar ke alam realiti apabila ‘Daulah Islamiah’ berlaku di Malaysia. Dia berkata emas itu akan menjadi ‘rezeki’ untuk membangunkan Malaysia dan negara lain yang menyertai gagasan ‘Daulah Islamiah’. Haji Asaari berkeyakinan bahawa sekiranya Daulah berlaku, Malaysia akan menjadi negara terkaya kerana ‘terbukanya rezeki dari langit’.
19. Galeri Abuya dibuat secara khusus mempamerkan koleksi peribadi Haji Asaari dan sejarah hidupnya bagi membangkitkan rasa taksub di kalangan para pengikut. Antara koleksi dalam galeri tersebut seperti gigi Haji Asaari, koleksi pakaian, tasbih dan pelbagai lagi.
(Posted by guest: Walidah)
posted to . at Mon Jun 28 01:25:51 EDT 2004.
betul ke haji ashari yg cakap... setahu saya dia tak leh nak cakap... mungkin pingikut2 dia yg cakap kot...
PENGIKUT YG TAK BOLEH NAK IKUT
tapi kalau benda2 tu benar selamat laa islam gamaknyeeeekan.. selamat laaaa kita semuakannn...
Mengikut Us Ashaari, ulama' akhirat di akhir zaman boleh dibahagikan kpd 2; iaitu ulama' berwatak nabi dan ulama' berwatak rasul. Ulama' berwatak nabi banyak meluangkan masanya untuk beribadah utk dirinya dan keluarganya atau kumpulan kecil utk sama-sama mendekati Allah; spt kebanyakan sheikh skheikh tariqat. Manakala ulama' berwatak rasul banyak meluangkan masanya utk terjun ke tengah masyarakat utk berdakwah, mengajar, memimpin dan menyusun masyarakat untuk sama-sama mengamalkan peraturan Allah dalam kehidupan harian.Tak pernah saya ketemui mana mana fakta yang beliau mengaku sebagai rasul. Jadi eloklah saudara bertaubat dan berhenti drp mengeluarkan kenyataan yg boleh menampakkan sifat mazmumah saudara. Sama samalah kita mohon hidayah Allah agar tidak dibutakan mata kepala, mata akal dan mata hati. Sekian.Wassalam.
Assalamualaikum...
Maner sudara dapat sume kenyataan mengarut tu,saya ni nak membela,saya ikut Abuya dah 16 tahun tak pernah pun dia cakap seperti yang didakwa oleh penulis,jangan cakap sebarangan sudara fitnah namenye,sudara tulis banyak-banyak tu habis mase jer semata nak pengaruh org n masyarakat supaya bencingan orang.sudara kan nabi dah sabda org kalu buat jahat kat kita doakan,saya rasa udara ni dengki ngan Us.ashaari kot,ye laaa sudara tak blh buat jemaah cam dia,tak de pengikut yang setia.kan,kan,...camne nak dapat kalau sibuk depan komputer taip kata-kata fitnah,saper la yang malang sanagt nak ikut awak!Sian mak awak mengandung 9 bulan lahir jadi pemfitnah,bertaubatlah-
DAKWAAN PENULIS bukanlah berbentuk ilmiah. itu DAKWAAN PENULIS, BUKAN dakwaan Abuya. Sebahagian besar dakwaan penulis itu perlukan penjelasan secara ilmiah, samada ianya perkara pokok dlm Islam atau hanya furu' (cabang). Samada qatie atau khilafiah.
Kalau kita utarakan perkara yg orang ramai tk biasa, tk faham bahkan tk pernah dengar pun, tujuan apa ? Kalau nak pimpin umat, kena buat kelas betul2. Kalau sekadar nak kelirukan orang, apa maksud penulis ? Atau penulis SENDIRI PUN TAK FAHAM BANYAK PERKARA. YG ASAS DALAM ISLAM PUN MUNGKIN BYK TAK FAHAM LAGI, KALAU FAHAM PUN TAK YAKIN, ATAU TAK AMAL, TAK HAYATI APA LAGI NAK PERJUANGKAN. Kalau nak kelirukan orang, guna ayat Al Quran pun org keliru, contoh; "...neraka wail lah bagi orang yang bersembahyang......." jd, kena bagi ayat habis. Hairannya penulis tidak langsung memberi panduan kepada orang, hanya cuba membangkitkan isu dan mengelirukan, apakah sebenarnya yg tersembunyi....apa yg mendorong penulis ? Mungkinkah rasa takut dan cintakan Tuhan yg begitu bergelodak dlm jiwa penulis sehingga berusaha keras menulis sedemikian atau ........... ( hati kecil penulis boleh menjawapnya )
Tulisan ini saya tujukan pada pembaca yg benar2 nak faham atau yg terkeliru dek puak2 yg ada dlm forum ini. Perkara ini mudah jika hati kita masih okey. Maksudnya, kalau hati kita belum benar2 besih pun takpe, tapi kita ada cita2 nak bersihkan hati. Kecualilah kalau hati kita dah berkarat meroyam! atau dh tertutup dan terkunci rapat! Waktu tu kebenaran sudah tidak nampak lagi.
Persoalan yg dibangkitkan dalam banyak topik tidak lain dan tidak bukan hanyalah didorong oleh
1. MAZMUMAH spt hasad dengki, mengadu domba, iri hati, dendam kesumat, geram, pemarah, busuk hati, gila dunia dan macam2 lagi.
2. Kejahilan. Ilmu tak cukup utk memahaminya itu jahil akal. Jahil HATI, hati tak dapat memahaminya kerana byk kepentingan atau cinta dunia. Itu sebab zaman Jahiliyah itu bukan takde org pandai, tapi hati org pandai itu tertutup, jadi JAHILIYAH itu HATI TAK MEMAHAI KEBENARAN.
3. KIANAT, ini kalau dalam istilah agama munafik, ertinya org yg zahirnya Islam, hatinya Kafir. Jadi org ni nampak macam nak betuikan orang jadi baik, tp sebenarnya nak pelingkupkan orang dan nak ajak orang terlingkup ke neraka.
Buktinya ;
1. Tulisan mereka berunsur MARAH, DENDAM, IRI HATI, MERAPU, MENGHINA DAN MENGUTUK.
2. Tulisan mereka tidak lebih drpd cuba mengelirukan pembaca.
3. Merupakan luahan perasaan tidak puashati, bukan memberi pandangan membina atau memberi alternatif
4. Menggunakan nama samaran bukti KEBACULAN
5. TIDAK MEMBESARKAN TUHAN, tidak membawa pembaca sehingga terasa kebesaran dan keagungan Tuhan.
nawawidahalan@yahoo.com
Tulisan ini saya tujukan pada pembaca yg benar2 nak faham atau yg terkeliru dek puak2 yg ada dlm forum ini. Perkara ini mudah jika hati kita masih okey. Maksudnya, kalau hati kita belum benar2 besih pun takpe, tapi kita ada cita2 nak bersihkan hati. Kecualilah kalau hati kita dah berkarat meroyam! atau dh tertutup dan terkunci rapat! Waktu tu kebenaran sudah tidak nampak lagi.
Persoalan yg dibangkitkan dalam banyak topik tidak lain dan tidak bukan hanyalah didorong oleh
1. MAZMUMAH spt hasad dengki, mengadu domba, iri hati, dendam kesumat, geram, pemarah, busuk hati, gila dunia dan macam2 lagi.
2. Kejahilan. Ilmu tak cukup utk memahaminya itu jahil akal. Jahil HATI, hati tak dapat memahaminya kerana byk kepentingan atau cinta dunia. Itu sebab zaman Jahiliyah itu bukan takde org pandai, tapi hati org pandai itu tertutup, jadi JAHILIYAH itu HATI TAK MEMAHAI KEBENARAN.
3. KIANAT, ini kalau dalam istilah agama munafik, ertinya org yg zahirnya Islam, hatinya Kafir. Jadi org ni nampak macam nak betuikan orang jadi baik, tp sebenarnya nak pelingkupkan orang dan nak ajak orang terlingkup ke neraka.
Buktinya ;
1. Tulisan mereka berunsur MARAH, DENDAM, IRI HATI, MERAPU, MENGHINA DAN MENGUTUK.
2. Tulisan mereka tidak lebih drpd cuba mengelirukan pembaca.
3. Merupakan luahan perasaan tidak puashati, bukan memberi pandangan membina atau memberi alternatif
4. Menggunakan nama samaran bukti KEBACULAN
5. TIDAK MEMBESARKAN TUHAN, tidak membawa pembaca sehingga terasa kebesaran dan keagungan Tuhan.
nawawidahalan@yahoo.com
Tulisan ini saya tujukan pada pembaca yg benar2 nak faham atau yg terkeliru dek puak2 yg ada dlm forum ini. Perkara ini mudah jika hati kita masih okey. Maksudnya, kalau hati kita belum benar2 besih pun takpe, tapi kita ada cita2 nak bersihkan hati. Kecualilah kalau hati kita dah berkarat meroyam! atau dh tertutup dan terkunci rapat! Waktu tu kebenaran sudah tidak nampak lagi.
Persoalan yg dibangkitkan dalam banyak topik tidak lain dan tidak bukan hanyalah didorong oleh
1. MAZMUMAH spt hasad dengki, mengadu domba, iri hati, dendam kesumat, geram, pemarah, busuk hati, gila dunia dan macam2 lagi.
2. Kejahilan. Ilmu tak cukup utk memahaminya itu jahil akal. Jahil HATI, hati tak dapat memahaminya kerana byk kepentingan atau cinta dunia. Itu sebab zaman Jahiliyah itu bukan takde org pandai, tapi hati org pandai itu tertutup, jadi JAHILIYAH itu HATI TAK MEMAHAI KEBENARAN.
3. KIANAT, ini kalau dalam istilah agama munafik, ertinya org yg zahirnya Islam, hatinya Kafir. Jadi org ni nampak macam nak betuikan orang jadi baik, tp sebenarnya nak pelingkupkan orang dan nak ajak orang terlingkup ke neraka.
Buktinya ;
1. Tulisan mereka berunsur MARAH, DENDAM, IRI HATI, MERAPU, MENGHINA DAN MENGUTUK.
2. Tulisan mereka tidak lebih drpd cuba mengelirukan pembaca.
3. Merupakan luahan perasaan tidak puashati, bukan memberi pandangan membina atau memberi alternatif
4. Menggunakan nama samaran bukti KEBACULAN
5. TIDAK MEMBESARKAN TUHAN, tidak membawa pembaca sehingga terasa kebesaran dan keagungan Tuhan.
nawawidahalan@yahoo.com
Tulisan ini saya tujukan pada pembaca yg benar2 nak faham atau yg terkeliru dek puak2 yg ada dlm forum ini. Perkara ini mudah jika hati kita masih okey. Maksudnya, kalau hati kita belum benar2 besih pun takpe, tapi kita ada cita2 nak bersihkan hati. Kecualilah kalau hati kita dah berkarat meroyam! atau dh tertutup dan terkunci rapat! Waktu tu kebenaran sudah tidak nampak lagi.
Persoalan yg dibangkitkan dalam banyak topik tidak lain dan tidak bukan hanyalah didorong oleh
1. MAZMUMAH spt hasad dengki, mengadu domba, iri hati, dendam kesumat, geram, pemarah, busuk hati, gila dunia dan macam2 lagi.
2. Kejahilan. Ilmu tak cukup utk memahaminya itu jahil akal. Jahil HATI, hati tak dapat memahaminya kerana byk kepentingan atau cinta dunia. Itu sebab zaman Jahiliyah itu bukan takde org pandai, tapi hati org pandai itu tertutup, jadi JAHILIYAH itu HATI TAK MEMAHAI KEBENARAN.
3. KIANAT, ini kalau dalam istilah agama munafik, ertinya org yg zahirnya Islam, hatinya Kafir. Jadi org ni nampak macam nak betuikan orang jadi baik, tp sebenarnya nak pelingkupkan orang dan nak ajak orang terlingkup ke neraka.
Buktinya ;
1. Tulisan mereka berunsur MARAH, DENDAM, IRI HATI, MERAPU, MENGHINA DAN MENGUTUK.
2. Tulisan mereka tidak lebih drpd cuba mengelirukan pembaca.
3. Merupakan luahan perasaan tidak puashati, bukan memberi pandangan membina atau memberi alternatif
4. Menggunakan nama samaran bukti KEBACULAN
5. TIDAK MEMBESARKAN TUHAN, tidak membawa pembaca sehingga terasa kebesaran dan keagungan Tuhan.
nawawidahalan@yahoo.com
Assalamualaikum...telah lama saya mengikuti perbahasan ini dan hari ini baru saya mencelah. Tapi sebelum itu, mohon para pembaca membaca dengan hati yang tulus ikhlas kerana mahukan kebenaran dan bukan dengan emosi yang ingin memenangkan sesiapa kerana manusia tetap ada kelemahannya. Ia tetap tidak sempurna. Tatkala Rasulullah wafat, Umar tidak mempercayai ini hingga beliau berkata bahawa beliau akan memenggal leher sesiapa yang mengatakan bahawa Rasulullah telah wafat. Lantas ditenangkan oleh Abu Bakr dengan katanya: Jika engkau menyembah Muhammad sememangnya beliau akan mati tetapi jika engkau menyembah TUHAN Muhammad sesungguhnya DIA MAHA HIDUP dan KEKAL ABADI!. Persoalannya, apa kesudahannya kita membela seorang yang bernama ASAARI? Jika sesetengah daripada kita mengatakan Asaari benar dalam membawa ajarannya KENAPA semua ulama sepakat mengatakan ajaran Aurad Muhammadiah itu batil. Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa ulama kita adalah ulama kerajaan tetapi rata-rata ulama yang saya temui sama ada dalam kerajaan, pembangkang mahupun tok guru pondok tetap mengatakan terdapat kebatilan dalam ajaran Asaari. Tidak terfikirkah kita, kenapa semua mufti bersepakat mengeluarkan fatwa haram ke atas ajaran ini? Apakah atas sifat dengki atas kasihkan akidah umat Islam maka fatwa ini dikeluarkan? Metodologi ilmu Islam menggariskan untuk mengeluarkan fatwa perlukan penyelidikan dan perbahasan yang teliti. Sebagai orang Islam menjadi kewajipan bagi kita menerima segala fatwa yang telah dikeluarkan kerana fatwa merupakan penjelasan terhadap segala bentuk hukum bagi sesuatu persoalan agama. Kesempatan bertemu Asaari dan Ummu Jah membolehkan saya menilai tahap ilmu agama dan amalannya. Jika benar Asaari zuhud, warak beliau tidak akan duduk di rumah banglo dengan sewa RM11,000 sebulan. Rasulullah amat bersederhana dalam kehidupan baginda. Bacalah sirah nabi. Walaupun khadijah itu wanita paling kaya tetapi baginda tidak hidup sebagaimana Asaari hidup dengan lempahan kemewahan. Kalau Asaari mengatakan beliau tauke dan boleh hidup mewah sedemikian tetapi malangnya beliau bercakap atas tiket agama yang selama ini beliau dikenali sebagai tok guru, ustaz bukan tauke. Selama ini beliau menulis agar mencontohi Rasulullah tetapi nyata beliau sendiri tidak sedemikian dalam kehidupannya. Telah banyak pembohongan yang telah beliau sebarkan tetapi hanya diketahui oleh sebahagian pengikutnya dan saya seru agar semua pembaca tatkala membaca jangan terus 'melatah' tetapi mohonlah pertunjuk dari Allah agar menunjukkan kita jalan kebenaran. Jumpa lah alim ulama (bukan pada Asaari dan orang kanannya sahaja) untuk dapatkan pandangan. Berpeganglah kepada al-Quran dan hadis nabi jika benar-benar kita mahu selamat. Di akhir zaman ini akan lahir berbagai pendustaan yang seakan kelihatan kebenaran. Mohon Allah selamatkan kita daripada fitnah dunia dan kejahatan yang ada di dalamnya. Ingatlah nabi pernah bersabda antara maksudnya: 'Kamu akan dibangkitkan bersama dengan mereka yang kamu ambilnya sebagai idola (ikutan) kamu'. Yang pasti idola kita adalah Rasulullah dan bukannya Asaari. Wallahu A'lam.
Bismillahirrahmanirrahim...terima kasih atas respon yang begitu kritis. Syabas. Saudara meletakkan seolah-olah keluarga dan kehidupan Asaari persis kehidupan Rasulullah. Kasihannya...observasi saya bezanya antara langit dan bumi. Kasih sayang, pemaaf, baik sangka dan lain-lain. Betul ke Asaari demikian? Kalau tidak takkan Asaari beriya-iya menentang dan menfitnah 'Enam Jahanam' (kalau tak tak tahu siapa 6 jahanam ni-cari sendiri). Betul ke Asaari guna untuk perjuangan???? Atau saudara tak nampak atau buat-buat tak nampak atau dah merasakan keuntungannya bila 'perjuangan' itu untuk diri sendiri, tambah isteri untuk ikat kesetiaan pengikut, beri kereta, tempatkan dalam bangalo untuk kaburi pandangan orang. Rasulullah buat ke macam ni untuk sebarkan Islam? Asaari bawa manusia kepada Tuhan? betul ke? Atau Asaari bawa untuk tubuhkan rangkaian Rufaqa' sekaligus menguatkan status quo dia. Maka berlaku lah macam kata saudara...mohon restu Abuya (tak sedarkah itu menampakkan telah berlakunya taksub). Jika atas nama kebenaran Rasul kata, "Katalah yang haq walaupun pedih". Tak payah minta restu sesiapa pun kerana yang haq tu dari Allah. Betul ke Asaari Ustaz korporat? Semak balik sistem ma`asy yang kalian pakai! Sebiji fotokopi sistem ekonomi komunis.... Rasul kata: "Bayarlah upah mereka sebelum habis peluh yang menitik dari badan mereka". Tak payah saya bahaskan sistem ma`asy tu di sini.... Kenali lah Allah melalui KITABNYA. Jangan lupa kalimah IQRA'. Lepas tu tuntut tadah kitab pada orang yang alim dalam bidangnya! Asaari ahli hadis dan tafsir ke? Kalau ayat 3 Surah al-Nisa' tu satu pun telah diselewengkan maksudnya hingga NYATA bertentangan dengan pandangan mufassirun maka maaf kata Asaari belum lagi berada di tahap mujtahid, ulama apatah lagi mujaddid. Buka setiap kitab muktabar yang membicarakan ciri-ciri mujtahid, ulama dan mujaddid. Bukan hanya eksploitasi hadis dan tepek tulis tanda-tandanya seperti gigi sulahnya yang mcam kapak! Amat memalukan jika matannya sedemikian rupa. Benarkah Asaari jika beliau sentiasa berbohong atas nama Rasulullah? Semua hujahnya disandarkan kepada 'bertemu dengan rasulullah'. Dialog dengan Rasulullah dan seumpamanya yang semuanya dusta. Bacalah kitab al-Ruh - Ibn al-Qayyim. banyak lagi kitab lain. Jangan dengar saja matan Asaari tu yang belum tentu betul mengikut disiplin al-Quran dan hadis. ALLAH Rabb yang disembah dan Rasulullah adalah ikutan kita. Jangan gunalah perkataan 'Orang Tuhan' dan yang sewaktu dengannya kerana Allah panggil manusia dengan nama 'Wahai Orang-orang Yang Beriman'. Ingatlah, ALLAH sama sekali TIDAK memerlukan hambaNya sebaliknya hambaNya-lah yang sangat-sangat memerlukanNya. 'Orang Tuhan'kah Asaari atau 'Tuhan Orang' yang sentiasa mendapat kebesaran dan diagung-agungkan oleh pengikutnya, dibesar-besarkan kehebatannya, kealimannya, kebaikannya, kekayaannya dan sebagainya hingga tanpa kalian sedari telah menyemai rasa TAKSUB giler kepada dia. Maka timbullah gelaran Al-Tamimi, Ayatullah dan sebagainya. Muhasabah diri sendiri banyak mana dah saudara hafal al-Quran berbanding hafal matan Asaari? Jika matan asaari lebih dari al-Quran dan hadis...sekali lagi kata saya...KASIHANNYA sebab matan Asaari tak ke mana. Kata Rasul... "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu sama sekali tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada keduanya iaitu al-Quran dan Sunnahku. Justeru...jika berpegang kepada matan Asaari maka 100% akan SESAT kerana tak valid dan Nabi tak iktiraf. Kata-kata siapa yang saudara nak pakai. YA ALLAH DEMI ZATMU YANG MAHA BESAR DAN ILMU-MU YANG MAHA LUAS, LEMPARKANLAH KEBENARAN DAN PETUNJUK HIDAYAHMU BAGI MEREKA YANG BENAR-BENAR INGINKAN DAN MENCARI-CARINYA. JANGAN ENGKAU CAMPAK-KAN DIRI KERDIL HAMBAMU KE DALAM KEJAHILAN KELAK MEMBAWA KEPADA KESESATAN DAN KEPADA NERAKAMU YA RABB. Astaghfirullah al-'Azim. Wassalam.
YA ALLAH JAUHKANLAH DAN SELAMATKANLAH ABUYA DAN JUGA PENGIKUT-PENGIKUTNYA DARIPADA FITNAH DURJANA .HAPUSKANLAH ORANG-ORANG YANG MEMBUAT KEZALIMAN YA ALLAH...
TUHANKU RAFIQUL A'LA .TUNJUKKANLAH KEBENARAN KEPADA HAMBA-HAMBAMU YA ALLAH
Nampaknya kamu begitu dekat dengan 6 jahanam ya. Patutlah kamu sekongkol (bhs Ind). Hati2 lho kalau sekongkol dengan 6 jahanam, kamu bisa masuk jg, sehingga 7 jahanam. Hiiiii.....
Jooom kawan2, kita tinggalkan saja khadijah tuh, biar dia gigit jari. Kan sebentar lagi kegemilangan Islam akan berlaku. Baik lagi kita membeiki diri dan masyarakat dan jadikan Allah itu segala-galanya.
Kalau Abuya tu betul-betul sesat sangat, beliau dah lama hancur.Dulu semasa Abuya di ISA ramai berpendapat Abuya dah tak ada pengaruh dan jemaahnya hancur. Tapi tup-tup muncul dengan lebih gah lagi.Macam Al Maunah sekejap saja hancur.Allah menolong hamba-hambanya yang benar.
Assalamualaikum... Alhamdulillah akhirnya terserlah bahawa kalian rupanya 'menjadi pengikut' Asaari secara MEMBUTA TULI tanpa sebarang rujukan dan disiplin ilmu yang ditunjuki al-Quran dan sunnah. Memang kebenaran pasti datang tapi kelak ketika itu di mana kalian... adakah bersama Asaari Bani Tamim omongan? Na'uzubillah min zalik. Ulama besar kata... orang yang jahil murakkab itu (iaitu mereka yang sebenarnya jahil tetapi buat-buat pandai tanpa merujuk kepada al-Quran, hadis dan ulama muktabar) maka sebelah kakinya dalam neraka)... Na`uzubillah. Apa benar Asaari wali Allah atau WALI SYAITAN! Kenapa tak jawab semua persoalan yang saya kemukakan. Buka Kitab yang saya ketengahkan sebelum ini. Kitab karangan Imam al-Suyuti (al-Hawi li al-fatawa) yang menceritakan nama dan siapa serta ciri-ciri Pemuda Bani Tamim yang sebenar menurut hadis Rasulullah! Jangan taksub membuta tuli. Karamah ke Asaari atau istidraj? Berbagai perkara boleh dipersoalkan. Benarlah kata Imam Ali KWJH bahawa hanya ilmu yang benar sahaja yang akan dapat membantu seseorang itu dari jatuh ke lembah kesesatan. Atas nama kebenaran pasti akan saya pertahankan bahawa saya akan berterusan 'memerangi' Asaari yang sering berdusta atas nama Rasulullah, berbohong kepada umat Islam (baca setiap buku dia dan buat perbandingan pada setiap fakta yang beliau tulis, berbohong dan berdolak dalih atas setiap dakwaan yang telah beliau buat selama ini). Berselindung atas nama 'Orang Tuhan' tapi hakikatnya 'DAJJAL' yang sering berdusta. Mengada-adakan khabar berita kononnya ia perkhabaran dari Rasulullah. Jika inilah hakikatnya pembawaan Asaari saya yakin jika beliau hidup di zaman khulafa' al-Rasyidin pasti kepalanya akan dipenggal kerana berdusta atas nama Rasulullah dan mengada-adakan sesuatu perkara dalam urusan agama. MOGA ALLAH LINDUNGI DIRI KITA DARI PENDUSTA BERNAMA ASAARI DAN MENYELAMATKAN UMAT ISLAM DARI KESESATAN SERTA FITNAH DUNIA DAN KEJAHATAN YANG ADA DI DALAMNYA. YA ALLAH KEPADAMU HAMBAMU BERSERAH DAN TERIMALAH JIHAD HAMBAMU YANG SEDIKIT INI DEMI MEMPERTAHANKAN AGAMA-MU. AMIN YA RABB.
Assalamualaikum... Alhamdulillah bersyukur pada Allah kerana berkesempatan mengikuti perbincangan saudara/i sekelian. Saya telah mengkaji tulisan2 ulama muktabar yang menghuraikan hadis berkaitan al-Mahdi, Isa a.s. dan al-Dajjal dan saya juga melihat tulisan dan madah Asaari. Bila dibandingkan antara tulisan para ulama muktabar dengan tulisan Asaari maka saya bermohon kepada Allah agar Allah memberi pertunjuk kepada Asaari agar DIA memberi jalan yang lurus kepadanya dari jalan yang sesat. Takutilah Allah dan janganlah mempermain2kan nama Rasulullah yang mulia. Dan jangan mengadakan hadis-hadis palsu untuk membenarkan ajaran beliau. Saya sangat bimbang dan takut kepada pertemuan dengan Allah di hari akhirat dengan itu saya menasihat atas nama tanggungjawab orang yang berilmu kepada saudara/i yang membaca laman ini agar teliti dan mempelajari kitab Allah, Sunnah Rasulullah dan ilmu-ilmu Islam dari sumbernya yang bersih dan dariopada mereka yang benar-benar alim dan bertakwa. Saudara/i perlu memahami bahasa arab, mengetahui al-Quran, mengetahui ayat-ayat ahkam, sebab nuzul al-quran, perawi2 hadis, matan2 hadis, perbahasan para ulama muktabar (yang alim lagi soleh) yang telah menjalaskan hadis2 dan mentafsirkan al-quran. Mereka telah meninggalkan kita beribu2 jilid kitab untuk dipelajari khusus bagi mereka yang inginkan kebenaran dan ilmu cahaya Allah. Tanya balik pada diri saudara/i sekelian. Adakah kalian benar2 faqih akan al-Quran dan perbahasan al-Sunnah dan perbahasan para ulama muktabar? Kalau sekiranya saudara/i tidak termasuk dalam golongan orang yang berilmu maka saudara/i bercakap dalam keadaan jahil dan kegelapan. Maka saudara/i akan terus berada dalam kejahilan dan kegelapan. maka ketahuilah. ilmu Allah itu adalah cahaya dan hadis Nabi adalah petunjuk yang sebenar. Apa yang saudara/i bincangkan di sini (dengan taksub kepada Asaari serta tanpa ilmu) telah menjadikan syaitan lebih mencengkam fikiran saudara/i untuk mempertahankan kesalahan tersebut. Saya melihat kesalahan terbesar Asaari ialah berbicara tanpa ilmu dan tidak sedar bahawa apa yang Asaari lakukan akan memburukkan lagi gambaran beliau di kaca mata para ulama akan jahilnya Asaari terhadap kitab Allah dan sunnah Rasulullah. bagi para pengikut yang menyanjung dan menyintainya, kasihilah Allah dan rasul terlebih dahulu sebelum mengasihi Asaari sebagaimana sabda Rasulullah yang sahih (saya kira saudara/i dah tahu hadis ini). Kasihilah kitab Allah dan hadis Rasulullah sebelum matan Asaari. Bila bercanggah kitab Allah dan sunnah nabi dengan matan Asaari maka TOLAKLAH matan Asaari. jangan nanti saudara/i dibuta dan dibidukan Allah pada hari akhirat kerana meninggalkan hadis nabi dan mengikut pandangan yang bercangah dengan hadis nabi. Jangan nanti pada hari mahsyar ditanya Allah kepada kita: "Adakah telah sampai pada kamu nasihat2 dan petunjuk maka sekarang ini saya telah menyampaikan nasihat dan petunjuk". Jika saudara/i masih lagi ingkar dan membelakangkan al-Quran dan hadis nabi, masih berdegil berbanding memperjuangkan matan Asaari dibimbangi takut2 mereka yang bersekongkol dengan pembohongan ini akan menyesal di hari akhirat. Oleh itu, Sebelum menyesal di hari pertemuan (mahsyar) marilah kita bertaubat kepada Allah dan kembali kepada sunnah Rasulullah dan terus kukuh berpegang pada ajarannya. Oleh itu saya menyeru saudara/i agar kembali pada jalan Allah. Kerana langkah-langkah yang diaturkan oleh asaari itu menjurus ke neraka Allah. Bukan saya hendak menghina Asaari atau sesiapa pun. Tetapi saya ingin mengajak saudara/i dan Asaari kembali ke jalan ketakwaan dengan meninggalkan permusuhan dan mengadakan2 cerita yang bercanggah dengan hadis nabi sama ada berkaitan dengan Pemuda Bani Tamim mahupun Imam Mahdi dll. wassalam
Sesungguhnya fitnah itu lebih merbahaya dari mata pedang, oleh itu ingin dinasihatkan kepada sesiapa sahaja hamba Allah yang tak tahu cerita sebenar dan hanya dengar dari mulut orang lain, hentikanlah perbuatan fitnah. Tak guna? Di hari pembalasan kelak, kamu akan menyesal, sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tak berguna.Insaf dan Bertaubatlah.
Sahughiya diingatkan bahawa hadis nabi menyatakan bahawa fitnah itu lebih dashyat bisanya dari mata pedang. Bayangkan saudara/saudari sekelian, sekiranya ingin mengeluarkan sebarang kenyataan, perlulah disoal siasat dan diselidiki adakah benar apa yang saudara/saudari perkatakan itu. Saudara/saudari tidak boleh menuduh sebarangan tanpa ada usul periksa. Saudara-saudari harus ingat perbuatan fitnah saudara-saudari tidak akan berakhir didunia sahaja malah akan di balas oleh Tuhan Maha Perkasa di akhirat kelak.Apa saudara/saudari tidak belajar.Saya tidak fikir begitu...mungin ada udang sebalik batu
Istilah dan ilmu adanya Ulama' berwatak Rasul dan ulama' berwatak nabi hanya ada dalam arqam dan rufaqa' aje... sebab ia abuya yang ajar dan anda2 semua hanya menerima ilmu yang satu iaitu dari abuya. ilmu2 lain kan korang kata dah musta'mal...cari balik betul ke ada istilah yang macam tu. Perturunkan hadisnye. Lagi satu... W/pun Abuya x pernah mengaku dirinya Nabi/Rasul secara langsung, tapi banyak kenyataan/perbuatan/matan/arahan yang dikeluarkan secara x langsung menggambarkan dirinya begitu...
asari tak mendakwa dirinya sebagai nabi atau rasul secara direct... tetapi indirectly...
cuba korang tafsirkan apa itu minda abuya? bukankah ianya semua perkataan, perbutan dan diam asaari?
bagaimana pula dengan istilah mahfuz? bukankah ia mempunyai maksud yang sama dengan maksum?
Dan istalah abuya adalah rasul yang bukan rasul pun saya rasa korang (ahli rufaqa) selalu dengar. mana boleh orang biasa bersifat seperti rasul sperti yang didakwa asari...
untuk pengetahuan anda semua dalam hadis nabi ada menyebut seramai 30 dajal akan lahir sebelum dajal yang besar. dan kesemua mereka mengaku diri sebagai nabi... berhati-hatilah! jangan jadi pengikut dajal
Sebenarnya kewujudanmu hanya sebagai lalat (?) utk para pejuang kebenaran...kata2 yg engkau ucapkan hanya la sekadar bahan senyuman pejuang kebenaran...sebenarnya engkau hanyalah menunjukkan mazmumah yg terlalu tebal ...apa yg menyakitkan hatimu ...abuya? pejuang kebenaran? atau kau hanya ingin menjadi perhatian... siapa yg percaya dgn katamu yg penuh emosi...ana bukan lah seperti mu khadijah yg terlalu hebat menilai kejahatan dan keburukan...cuma yg nenyedihkan kau hanya lihat kecacatan pada orang lain (itu pun tak betul)tapi kau lupa yg diri kau itu terlalu jahat... apa yg kau harap kan dari abuya? marah? geram? sakit hati?.....semua itu tidak akan kau dapat ...yg kau dapat hanya doa semoga kau selamat di dunia lagi2 diakhirat........
Tuhan....
kerana kelemahan ku..
aku tidak dpt lagi mencintaiMu..
Tapi!.. aku sekali2 tidak benci...
Walaupun Begitu..jangan pula Engkau tidak
mencintai aku...
aku cuba mencintaiMu Tuhan...
tapi belum menjadi kenyataan lagi..
dengan rahmatMu Tuhan..anugerahkan lah rasa
cinta ku kepadaMU..dan juga cintaMu kepadaku..Ku harap kita CINTA MENCINTAI...WAHAI TUHAN... amin...
Tuhan....
kerana kelemahan ku..
aku tidak dpt lagi mencintaiMu..
Tapi!.. aku sekali2 tidak benci...
Walaupun Begitu..jangan pula Engkau tidak
mencintai aku...
aku cuba mencintaiMu Tuhan...
tapi belum menjadi kenyataan lagi..
dengan rahmatMu Tuhan..anugerahkan lah rasa
cinta ku kepadaMU..dan juga cintaMu kepadaku..Ku harap kita CINTA MENCINTAI...WAHAI TUHAN... amin...
asal soalan si katty tu korang x jawab2. Yang nyatanya la ni, korang ni x de ilmu nak jawab soalan2 tu. asyik emosional tak habis2. kesimpulannya duduk dlm jemaah korang ni jadikan korang ni jumud, taksub babi buta, bodoh sombong, sempit fikiran, katak bawah tempurung.....
Sejauh yang saya faham ,tentang Imam Mahdi dan Asaari jauh bezanya dalam tawaduk di antara mereka,bila berkata tentang tawaduk pula gunung-ganang yang tinggi itu pun terlebih tawaduk kepada penciptanya yang maha besar,dan apa yang ada pada sifat Asaari seperti insan yang telah Nabi Muhammad sebutkan di akhir zaman akan ada orang yang mengaku dirinya nabi dan sifat seperti itu tidak langsung ada pada Mahdi kerana tawaduknya ,zuhud dan berbagai-bagai lagi sifat dan nilai akhlak yang terpuji berpandukan nabi Muhammad saw dan juga petunjuk hidayah Allah swt.Kalau benar seperti dakwaannya mengapa beliau tidak dapat mengesan di mana mahdi di lahirkan ,di besarkan dan di mana beliau berada sekarang apakah sudah lahir atau belum atau masih umat islam menunggu kemunculannya ,Hanya nabi Isa as sahaja yang turun dari langit dan Mahdi itu adalah umat Nabi Muhammad yang lahir di bumi dan di besarkan di bumi insan biasa cuma di beri anugerah dan kelebihan berbanding insan-insan lain yang ada pada zamannya dan beliau adalah raja segala raja dunia sebab itu pemerintahan semuanya itu mengikut alquran dan hadith .Sungguh jauh terpesong akidah yang ada pada Asaari . Saya baca banyak tentang kisah Imam Mahdi ada di antara nya Imam Mahdi akan turun dari planet Marikh dan pada saya ia tidak bertepatan dengan hadith bahawa keturunan Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad saw dan beliau pun tidak mengaku sehingga di bai'at apatah lagi untuk berjumpa orang yang rosak imannya dan salah satu rukun Iman itu percaya kepada kitab-kitab ,wahai Asaari Muhammad bertaubatlah ,adakah ajaran dari kitab ciptaan kamu itu adalah yang terbaik ?sekian wassalamualaikum wrth.
saya sentiasa mengikuti perkembangan al-arqam sehingga diharamkan dan kini pula rufaqa. Saya dapati bahawa Asaari tidak pernah mengatakan yang sedemikian. Dakwaan itu hanyalah diada-adakan oleh penulis sahaja.walahualam
ya allaah ya tuhan kami, ampunilah kami semua, tunjukkan kami ke jalan lurus, janganlah syetan iblis menggoda kami, jadikanlah iblis syetan musuh kami dan jangan sampai kami mengikuti kelakuan iblis syetan yang menilai diri sendiri lebih baik dari orang lain. Aamiiin
woi naper kamu nyamar jdi walidah hah????.....woi dijah tobatlah...awak dapat ayat/skript dari fikiran awak sendiri...tanam jagungla..ada manfaat juga...takda dapat dosa....dahla guna nama orang yang dah meninggal...pastu...syarah panjang...nak tunjukkan kebodohan..tanam jagung awak dapat banyak saham.....orang makan jagung tanaman awak tentu mereka akan doakan utk awak...supaya tabah rezki...cadangan saya kan baik awak tanam jagungla!!..
Saya cg.Lan(Mazlan Hj. Mahmud)dari Kg. Paloh Syeikh Zin. K.Trg agak tersentak dan terkejut dengan isi kandungan web site ni.... sebagai anak murid Abuya Syeikh Ashaari Muhammad agak terkilan dengan dakwaan yang tidak berasas ni. Janganlah kerana'marahkan nyamuk kelambu dibakar'. Sebagai ahli jemaah al Arqam era 80an dan 90an,( sekarang ni sudah "ditiadakan" dalam peta Malaysia, dan kurang mengikuti perkembangan Rufaqa Coorpration kerana (kesibukan belajar dalam Information Technology), saya rasa ada perkara besar yang ingin dibawa oleh Abuya Imam Ashaari Muhammad membawa manusia kepada Tuhan... (saya berdiri teguh dibelakang Abuya dan akan membantu seadanya)
Saya cg.Lan(Mazlan Hj. Mahmud)dari Kg. Paloh Syeikh Zin. K.Trg agak tersentak dan terkejut dengan isi kandungan web site ni.... sebagai anak murid Abuya Syeikh Ashaari Muhammad agak terkilan dengan dakwaan yang tidak berasas ni. Janganlah kerana'marahkan nyamuk kelambu dibakar'. Sebagai ahli jemaah al Arqam era 80an dan 90an,( sekarang ni sudah "ditiadakan" dalam peta Malaysia, dan kurang mengikuti perkembangan Rufaqa Coorpration kerana (kesibukan belajar dalam Information Technology), saya rasa ada perkara besar yang ingin dibawa oleh Abuya Imam Ashaari Muhammad membawa manusia kepada Tuhan... (saya berdiri teguh dibelakang Abuya dan akan membantu beliau) Carilah kebenaran buktikan dakwaan wahai saudara2ku, jangan utamakan nafsu amarah sebab nafsu itulah yang akan menjerumuskan anda ke neraka jahanam. Nauzubillhiminzalik.
Geli hati apabila membaca coretan seorang yang prasan dirinya seperti Nabi....Inilah akibatnya jika sombong diri dan memikirkan betap hebatnya dirinya.Tetapi Abuya tidak akan sedar kerana telah menjadi musuh utama Umat Islam yang berpegang teguh dengan kitabullah dan sunnah.Memang dia seorang yang berilmu tetapi hatinya telah dibutakan oleh Allah lantaran kesesatan yang dilakukan.pengikut -pengikut Abuya tidak dinafikan memang ada dari golongan para ilmuwan lantaran kejahilan mereka pun terpesong kerana akidah mereka tidak tepat.Jika benar kita memahami Islam itu sebenar-benarnya kita tidak akan mudah di sesat oleh sesiapapun.Janganlah kita menjadi orang yang bertaklik buta lantaran jubahnya tuduh labuhnya tapi tidak pada akidahnya.Kejahilan inilah yang harus kita lupuskan kejahilan tidak mahu mengkaji Kitabullah itu sendiri.Dalam surah al-FATIHAH itu sudah mencakupi segala ilmu tauhid itu sendiri dan permulaan surah al-baqarah ayat 1,2,3,4, dan 5 menekankan keimanan kita kepada Allah.Hanya orang-orang yang jahil dan bodoh sahaja akan mengikut rentak Si Abuya pendusta ini!!sesunnguhnya perkara ini lebih bahaya kerana mereka adalah gunting dalam lipatan dan orang-orang yang suka mendustakan ayat-ayat Allah!!Abuya pulanglah ke pangkal jalan!!Dan engkau kata engkau orang yang berilmu buka buku iman dan belajar balik mengenai Rububiyah,Ululiyyah dan Asma walsifat!!hentikan kegilaan engkau ingin menjadi nabi.Semua yang kau juangkan hanya kesesatan yang di anjurkan dan pimpim oleh Syaitan laknatullah!!!!!!
jika asaari seorang pejuang kebenaran, dan pembela-pembelanya menggunakan jalan yang benar (diredhai Allah)silalah berhujah menggunakan al-quran dan sunnah.
minda manusia memang hebat. boleh mengeluarkan macam-macam pendapat. tetapi ia akan tersesat jika tidak disuluh dengan al-quran dan as-sunnah.
berhujah menggunakan sumber agama. bukan menggunakan minda, sajak, kata tok guru yang tidak ada usul periksa..
saya pernah mengikuti ekspidisi ke rompin anjuran geng2 asaari.. dalam ekspidisi itu mereka menjual rambut asaari, kain sarongnya, dan bajunya dengan harga yang mahal.. rambut asaari yang tidak ada memberi sedikit mudarat ataupun kebaikan dibeli oleh pengikut taasub untuk mendapat berkat..
jika saudara-saudari masih ingat asaari pernah memperkenalkan sujud panjang macam nak tersungkur.. berdasarkan dalil apa tu..sekiranya al=quran dan hadith tidak ada.. saya pernah bertanya.. pengikutnya suruh merujuk kitab nailil autar.. jawapan saya.. tidak ada disebut di dalam kitab itu..
saya pernah mendengar sendiri oleh kaum kerabat asaari yang dia(asaari) mampu menukar masa ajal pengikutnya.. hebat! nabi sendiri tidak mampu.
jadi.. saya memberi peluang kepada pengikut taasub asaari silalah memberi hujah kebenaran asaari itu jika beliau benar-benar di jalan yang benar..lebih mudah melalui emel saya di majidee_boyz@hotmail.com
ingatlah sabda nabi..
barangsiapa berdusta terhadapku maka bersedialah mengambil tempatnya di neraka
(h.r al-bukhari dan ibnu majjah)
barangsiapa dengan sengaja berdusta terhadapku bersedialah mengambil tempatnya di neraka
(h.r al-bukhari, muslim, abu daud, at-tirmizi, ahmad, ad-darimi dan ibnu majjah)
Comments
(Posted by guest: lambuana)
(Posted by guest: Dr Azmi Majid)
(Posted by guest: Islamic_boy314)
(Posted by guest: nawawi)
nawawi
nawawi
nawawi
nawawi
(Posted by guest: Khadijah)
(Posted by guest: khadijah)
(Posted by guest: syurahbil zol aznan)
(Posted by guest: haryono)
(Posted by guest: Pecinta kebenaran)
(Posted by guest: khadijah)
(Posted by guest: PEMBELA IMAM AL-MAHDI)
(Posted by guest: Ahmad)
(Posted by guest: Ahmad)
(Posted by guest: Khadijah 2 plak)
(Posted by guest: abah)
(Posted by guest: Wazir)
(Posted by guest: aku hamba..)
(Posted by guest: aku hamba..)
(Posted by guest: zetty)
(Posted by guest: azuan ahmad)
(Posted by guest: amin)
(Posted by guest: suprapto)
(Posted by guest: MOL)
OTHMAT1
cg lan paloh,trg
cg lan paloh,trg
muslimah
majidee_boyz