Language: English | Indonesian | 日本語 | Tagalog | Tiếng Việt
Upload photo Lihat photo terbaru
Upload video Show recent videos
Membuat posting baru Lihat posting terbaru
Start a new group
My page My account My picture Change password



Signup

untuk Mawadah dan Anak Soleh Production

Adik-adik tinggalkan lah jadi pengikut Asaari. Adik cari tali pegi atas bukit cari kayu api dan jual. Dapat rezeki lagi murni dik. Daripada adik ikhlas tolong Asari , tapi Asaari salah gunakan pengorbanan adik-adik untuk kepentingan keluarga bani Tamimnya yang sebenarnya direka kerana terdesak. Dahlah dik, katalah pada diri adik cukup. Nak perjuangkan yang hak ada banyak cara semuanya Allah muliakan. Ganjarannya tetap syahid. Daripada adik biarkan diri adik tertipu dengan janji manis Asaari. Adik sebenarnya meneruskan perjuangan yang batil. Abang cakap ni abang nampak, Abang ni bekas pengikut Arqam. Abang ni inysaAllah takuuutttt dengan Allah juga.

(Posted by guest: Abang) posted to . at Thu Jun 10 05:35:06 EDT 2004.

Comments


khalifah114
SALAM... kelakar aku tengok pengikut-pengikut abuya nie...pemuda bani tamim????..aku rasa tak layak langsung gelaran tue pada orang tue.aku yakin IMAM MAHDI DAN PEMUDA BANI TAMIM yang dijanjikan ALLAH itu telah ada dimuka bumi nie,tetapi sifatnya itu belum dizahirkan lagi.kalau mamat tue betul2 pemuda bani tamim,KOMPOM dah kena bunuh dengan perisik2 yahudi,pasal orang2 yahudi nie memang sentiasa mencari IMAM MAHDI DAN PEMUDA BANI TAMIM nie dari dulu lagi untuk dihapuskan.mereka tahu tanda2 yang ada pada IMAM MAHDI DAN PEMUDA BANI TAMIM YANG SEBENAR-BENARNYA kerana mereka ada KITAB2 DAN SEGALA KHAZANAH ILMU DAHULU yang mereka sembunyikan dari pengetahuan manusia.KALAU ABUYA YANG KORANG SANJUNGI TUE PEMUDA BANI TAMIM MEMAMG DAH MAMPOS KENA BUNUH TAU TAK!!!!lihatlah SEJARAH2 yang sediaada betapa jahatnya orang yahudi nie.pasal tue ALLAH laknat mereka dunia akhirat.Tapi jangan haraplah orang2 yahudi nie nak jumpa IMAM MAHDI DAN PEMUDA BANI TAMIM YANG SEBENAR-BENARNYA kerana sudah tentulah ALLAH itu MAHA HEBAT LAGI BIJAKSANA,pasti akan disembunyikan dahulu mereka ini sehinggalah sampai masanya nanti.SO AKU HARAP PENGIKUT2 ABUYA NIE JANGAN LER PERASANNNNNNNN YANG TERSANGAT2 PADA MAMAT TUE.AKU YAKIN DIA ORG KEBANYAKKAN YANG MANGAMBIL KESEMPATAN PADA MANUSIA-MANUSIA YANG JAHIL..AKU TULIS NIE BUKAN KERANA JELES KAT KORANG SEMUA WAHAI PENGIKUT ABUYA,TAPI ATAS DASAR KEYAKINAN AKU PADA ALLAH DAN RASULLULLAH.AKU RASA KORANG SEMUA KENA BELAJAR BALIK TENGOK AL-QURAN,AL-SUNNAH DAN SEJARAH2 YANG TERDAHULU.JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI ABUYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA....... WALLAHUALAM.. DEMI SESUNGGUHNYA ALLAH LAH YANG MENGETAHUI SEGALANYA.....
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Thu May 15 06:01:47 EDT 2008.
Jawab
Kenapa gitu bang, saya yang tak jadi pengikut pun sangat yakin dengan Asaari. Kenapa bang ? kenapa. Tak nampak lagi ke kebenarannya? Mungkin abang dulu tak tahan uji kot. Orang Arqam dulu kata perjuangan mereka selalu diuji dan mereka sudah lali dengan itu. tapi kenapa bila kerajaan haram Arqam abang lari pula? Bukankah itu ujian juga. Macam mana abang sekarang? lebih terdidik tak berbanding dulu? Boleh jaga solat macam dulu tak? Lebih baik dari dulu tak? Abang kena jawab dengan ikhlas pada diri abang sendiri. Abang yang tertipu atau Asaari yang menipu? Bang, maaf nak bagi tau rugi sangatlah abang tinggalkan Asaari. Dia makin gagah tapi abang camna? Pengikutnya makin bertambah bukan sekadar budak-budak bodoh yang mungkin abang anggap tapi tokoh-tokoh agama, politik, ahli sufi, negarawan, bisnesman dll sangat mengkagumi beliau malah ada yang menjadi pengikut beliau. Saya ada beberapa kenalan yang menjadi pengikut beliau semua mereka ada lulusan agama kerana kami belajar sama-sama di universiti dulu.

(Posted by guest: Brahim)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Tue Jun 15 17:37:57 EDT 2004.
Jawab
Apa salahnya mawaddah & anak soleh???bukankah kita ni sebagai hamba Allah adalah penghibur bagi sekalian makhluk Tuhan yang lain.Memaafkan kesalahan orang lain pada kita,meminta maaf pada orang yang kita buat salah,membantu orang susah juga merupakan satu hiburan dan banyak lagi....fikirkanlah. Bernasyid,mengajak manusia kepada Tuhan,adalah salah satu jalan sebagai hiburan kepada makhluk Tuhan yang lain.Apakah kita suka dengan hiburan yang sedia ada sekarang ini yang mengajak manusia jauh daripada Tuhan??? Apakah kita mahu remaja yang menjadi aset agama ,negara & bangsa rosak dengan hiburan yang melalaikan dan merosakkan hingga tidak takut & cinta Tuhan? cubalah kita lihat masalah remaja dalam dunia hari ini.Berbagai-bagai pekara yang negatif terjadi hasil dari manusia yang tidak takut & cinta pada Tuhan. Kenapa benda yang baik hendak kita kuburkan disebabkan sakit hati?tapi benda yang merosakkan kita boleh pejam mata!!!!! sebab yang buruk & merosakkan tu kena dengan mazmumah kita. sebab tulah kita tak heboh-heboh,bahkan boleh pejam mata... Hiburan adalah fitrah semulajadi manusia yang Allah berikan.Berhibur tidak salah tapi yang salah apabila kita salah memilih hiburan. Apa salahnya mawaddah tampil kehadapan untuk membawa manusia kembali kepada fitrahnya yang inginkan hiburan,iaitu hiburan membawa manusia kembali kepada "takut & cintakan Tuhan". TUHAN PENGHIBUR AGUNG!!!!

(Posted by guest: observer)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Thu Jul 08 09:46:41 EDT 2004.
Jawab
berdoalah abangku,cepat-cepat sebelum datangnya 5 perkara;selagi nyawa di kandung badan.YA ALLAH JANGANLAH KIRANYA ENGKAU SESATKAN AKU,DAN MENYESATKAN ORANG LAIN.

(Posted by guest: aziz)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Thu Aug 26 15:31:46 EDT 2004.
Jawab
assalaualaikum, saya ni taulah serba sedikit pasal mawaddah productin ni , sebelum ni nama rufaqa' , sebelumnya nama al arqam . oklah kepada korang yg dok sokong u. ashari tu.. saya tak berani komen ape2 sebab mungkin saya ada gak dengar serba sedikit cerita pasal beliau . yang saya taulah ye korang yg nak masuk jemaah arqam tu kena percaya yg sheik assuhaimi tu imammul mahdi... itu adalah akidah korang , tp yg saya pernah terbaca didalam beberapa hadis sohih mengatakan pemuda bani tamim namanya bukan ashari tapi aku dah tak berapa ingat . tapikan kalau kita kaji dlm ajaran yg beliau bawa memang bagus beliau dapat mendidik umat manusia kejalan yg benar salah satu contoh kita lihat penempatan diorang sekarang mana u ashari pegi dibuang negeri ke , tempat tu terus hidup , ramai yg dah terpaut kalau kita tengok plak sajak2 yg ditulis kata2nya sungguh mendalam maksudnya dan boleh menyentuh hati ketika kita menghayatinya .. walau cam mna pun aku tak berani komen bebanyak takut salah plak ada yg tak puas hati .. apa pun be the best Allah pasti membantu....sama kita saksikan ye..

(Posted by guest: muhd kamal )
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Tue Aug 31 10:56:01 EDT 2004.
Jawab
* SUDAHLAH WAHAI SAUDARA * JANGAN DIGANGGU ORANG YANG BERJUANG * MEREKA ADA CARA MEREKA SENDIRI * MATLAMAT MEREKA SAMA * MEMPERJUANGKAN ISLAM ITU SENDIRI * BANTULAH MEREKA * YANG BAIK KITA AMBIL, YANG BURUK KITA NASIHATKAN BUKANNYA DIKRITIK.DAN jANGANLAH DITOLAK SEMUA PERKARA WALAUPUN TERDAPAT KEBENARAN DIDALAMNYA. * mUDAH MUDAHAN ALLAH RAHMATI SAUDARA SEKALIAN.

(Posted by guest: abdullah( slave of allah))
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Wed Sep 29 02:25:41 EDT 2004.
Jawab
Bukankah tidak ada baalasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga ?

(Posted by guest: did)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Wed Oct 13 17:15:08 EDT 2004.
Jawab
Saya memang sokong you all sumer, terus kan kerja mulia anda itu, saya akan doakan anada semua semoga berjaya.saya memang rwspek la kat korang semua.korang memang budak baik sumer. aku ingat lagi maser aku gi tengok konsert korang kat dataran merdeka fuh respek beb.. aku sumer remaja kat malaysia nie dah jadi hampeh rupenye masih ada lagi yang cam korang nie ye.. ok lah bye .... good luck kat korang sumer.....

(Posted by guest: MECHA PUNK)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Fri Nov 05 04:26:25 EST 2004.
Jawab
Mawaddah tu banyak kumpulannya dan mereka dah perjuangkan tuhan ke luar negara. Album mereka pun dah banyak. di atas kejayaan ini makalah lahirlah manusia yang tak senang dengannya. Tak senang dengan kejayaan dengan orang lain ia disebut di dalam kitab sebagai HASAD DENGKI. Masyallah berat hukumannya. Tak cukup dengan itu dikaitkan dengan nama seorang pejuang tuhan yang agung pulak iaitu Abuya Ust. Ashaari. Ingatlah kalaulah Abuya itu Waliallah (Insyallah)orang yang tidak suka padanya akan menjadi musuhnya, ertinya dia musuh Allah. Sebab tu kalau tak ada ilmu jangan celupar. Cakap siang pandang2 cakap malam dengar2 ertinya berhati-hati bila bercakap. mulut tak de insurans, salah cakap tetap terhukum di yaumil akhirat. Ingatlah dan taubatlah.

(Posted by guest: E-in)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Thu Nov 18 23:36:13 EST 2004.
Jawab
Sejak dulu lagi aku memang percaya Abuya Us.Ashaari tu Pemuda Bani Tamim.Aku rasa Malaysia ni aman makmur,rezeki melimpah ruah,penduduknya harmoni mungkin disebabkan adanya pemimpin yang dijanjikan membesar disini. Dalam hidup aku, aku hanya berpeluang berjumpa sekali dengan Abuya. Terima kasih Tuhan kerana memberi peluang ini. Bertuahlah orang-orang yang dekat dengan Abuya,apalagi orang-orang yang sentiasa membantu Abuya. Apa yang boleh aku buat,aku hanya setakat membaca Yassin dan berdoa kepada Tuhan semoga Abuya sentiasa sihat dan dilindungi Allah dari segala ancaman musuh.

(Posted by guest: simpati)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Tue Nov 23 10:44:09 EST 2004.
Jawab
Kenapakah suka caci mencaci? Kalau nak bagi nasihat, kenalah ikut cara Rasulullah SAW. Baginda tidak pernah caci mencaci.

(Posted by guest: anak rimba)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Tue Nov 23 15:26:26 EST 2004.
Jawab
buat mawaddah dan anak soleh/ "Berjuanglah Tapi jgn Mengaku Wira!aper sgtlah u. asaari tue? pandai nasihatkan org supayer ikhlas dlm berjuang, tp dlm maser yg samer die mengaku yg die pemude Bani Tamim!Biollah tue, die tak negok ker kat cincin nabi(Allah, Rasul,Muhammad) nabi pun tak bangga dgn kedudukan dier,tp asaaari p-andai2 tambah namer sheikhla, imamla, abuyala. Aiseh........ aper citer nie. tobatlah. kalau betul abuya korang tue hebbat sgt, suruh die selamatkan saudara2 kiter yg kat palestin, iraq ambon dll tue. ok

(Posted by guest: Abuya Junior)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Thu Dec 02 02:42:05 EST 2004.
Jawab
kenapalah abang tulis begitu. dr situ saya dah tahu bahawa abang tak yakin. apa-apa pun, saya tak ada komen nak diberi. biarlah u.ashaari berdakwah krn berdakwah adlh salah satu cara menyebarkan islam. saya juga seperti beberapa orang abang yang tulis. lihat, baca, pahamkan sajaknya sudah cukup membuktikan cara islam yg sebenar. saya pun bukan baik sangat nak menilai orang. tapi saya boleh tahu mana yang baik dan mana yang buruk. wallahualam.

(Posted by guest: renungan)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Tue Dec 14 05:39:31 EST 2004.
Jawab
akum bang....saya ni diantara ahli kump mawaddah....sikit pun tidak terjejas dengan kata2 yg abang hamburkann...bahkan abuya sendiri mengajar pada kami agar bersabar dengan org2 seperti abang ni....abang tgklah pada diri abang...lebih baik kita melihat kesalahan diri dan membetulkannya...dari melihat kesalahan org kmdn mengapi2kan menabur fitnah dll...walaupun kami ni nampak mcm budak2 bodoh....tapi dapat menilai baik buruknyaaa...mana mungkin kami nak ikut abang yg lansung tak membuat apa2 utk islam....tapi hanya mengata saja....terpulang pada abang...yg pasti kami juga akan membantu dan sama2 melihat perjuangan kebenaran ini akan terjadi....janji allah pasti berlaku...kata2 abang tu sikit pun tidak akan merubah jadual ini....

(Posted by guest: anak mawaddah)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Thu Dec 16 18:09:02 EST 2004.
Jawab
Saya tak akan tinggalkan abuya kerana abuya banyak berjasa kepada saya dikenalkan saya dengan tuhan .Selagi nyawa dikandung badan saya berjanji tidak akan tinggalkan abuya.Abang bawalah bertaubat.Saya tidak akan tinggal kan abuya sebab abuya kata kami ini buah hati abuya .I LOVE ABUYA .......... I DON' T LIKE ABANG...............

(Posted by guest: Hasbullah)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Sat Dec 25 04:31:48 EST 2004.
Jawab
ass.kite jangan nak ikut cakap orang yg tak faham tentang asaari..ok saye nak tanye ape salah asaari.dia ade buat salah ngan kite ke.saye yg jahat ni pun masih suke dengan dia.yg dia tu sebok nak cakap orang,dia tu dah baik sangat ke.cube kite fikir.kan semua manusia tuhan telah anugerah kan kat kite akal, yg mane akal ini kerja nya untuk berfikir.kalau orang itu tak tahu care nak berfikir tu bukan manusia tu binatang.ok jadi adik2 terus la membuat kerje yg abuya suruh.taat dengan pemimpin kan elok.ok ampun maap.ok bye.................

(Posted by guest: budak punk.)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Wed Dec 29 11:03:08 EST 2004.
Jawab
kesian tgk abg,dulu dah dpt hidayah.skrg tuhan dah tarik blik.mungkin dulu abg brjuang tak ikhlas kot....kami tgk org2 yg menentang abuya semua takde akhlak.ada yg kencing brdiri(zabidi)kami takut kalau kami tinggalkan abuya,kami akan ikut jejak diorang tuuu.baik abg fikir dulu,kami ikut abuya paling tidak pun yg wajib dpt ditegakkan yg sunnah dpt dipertahankan.drpd kencing berdiri apa yg dapat?......?

(Posted by guest: 2 brother 84)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Mon Jan 03 04:29:23 EST 2005.
Jawab
http://www.mawaddah.com.my

(Posted by guest: Webmaster)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Wed Jan 05 07:22:09 EST 2005.
Jawab
miskinnya tak meminta2,menderitanya tak terkesan oleh air mata.semakin byk org kata dia,semakin saya percayakn dia.mungkin itu kesilapan dulu.tp didikannya smpi skrg saya pakai walau org kata saya The Last of Al-Arqam.tak kisah...dengan jubah inilah saya akan tuntut janji...kalaupun Tuhan tak kata dia Bani Tamim,takpelah.yang penting janji Tuhan pasti berlaku...dgr cite Ust.Amal pun dah mula berbaik2 dgnnya...

(Posted by guest: huzian)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Wed Jan 05 08:27:22 EST 2005.
Jawab
walau apapun yang abg kata ttg ust. ASHAARI, Saya tetap yakin dengan beliau dan keyakinannya.Pengharaman AL-ARQAM merupakan satu ujian dan ujian adalah satu kemanisan dlm berjuang.WALLAHUALAM, TAKBIR!!!ALLAHUAKBAR!!!

(Posted by guest: arqam)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Fri Jan 07 01:22:33 EST 2005.
Jawab
Assalamualikum abang/sudara/encik,atau nak panggil orang buta hati,buta perut? En.yang buta hati, sebelum ape-ape saya minta maaf,Abuya tak pernah didk saya dan kawan-kawan untuk mengata oarang sekalipun musuh-musuhnya,tapi saya tak mampu,saya sayang Abuya,saya mesti bela Abuya..... En.buta Hati yang turut buta perut..... Adalah dimaklumkan,bahawa Abuya tak pernah amik duit kami show atau duit mane-mane premis,saya cakap cam ni sebab saya tahu semua duit tu Abuya bagi kami guna cuma dalam bentuk berjemaah,berjemaah u kan rahmat!Kalau saya pegi cari tali panjat gunung,pegi cari kayu api samapi nak kena masuk hutan...tapi yang dapat rezeki saya soarang,tak pe lah,tapi bila saya duduk dalam mawaddah atau anak soleh,walaupun awak tafsirkan sebagai hanya dipergunakan oleh Abuya,tapi sekurang-kurangnya ader jugak yang dah masuk islam,malah tuhan makin dikenal dan ditakuti serta dicintai,bukan nak bangga dengan apa yang kami dah buat,tapi nak bagitahu lebih baik kami digunakan sekurangnya kami ade juga saham cuba nak kembang kan syiar islam,kami tak nak jadi cam abang,menuduh orang tak berasas,dah bekas guru pulak tu(kalau betul bekas Arqam),kalau guru tu salah sekalipun tak boleh kita tuduh dia cam tu,imam shafie tu sanagt hormat ngan guru dia,sehinggakan seoarang budak kafir yang pernah memberitahu kepadamya tentang bagaimana nak tahu anjing dah baligh,pun dia hormat,inikan pula Abuya orang islam,dan saya rasa sudara ni ader kepentingan masa dalam arqam dulu sebab tu yang tersaring tu,tapi tak pe...sudara tak dek pun Abuya bokh hidup,malah senang,kami pun cukup makan,boleh belajar dan dah sampai ke marata temapat termasuk benua eropah dan timur tengah...oh ye..satu lagi,takut ngan tuhan tu wajib jangan agak-agak...saya doakan abang diberi hadayah moga-moga kalau abgan mati pun biarlah sebagai seoarang hamba yang soleh,bukan sebagai seorang PEMFITNAH,Amin..... Ampun maaf.

(Posted by guest: Anak soleh club)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Sun Jan 09 08:13:04 EST 2005.
Jawab
wei...da mmg d0rang tu tak sedar diri...dulu² ngan abuya...bila abuya ditangkap...sume cabut! da gitu nak glamor punya pasal..minda lagu abuya diambil dan direcord....

(Posted by guest: aku)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Tue Jan 11 12:54:16 EST 2005.
Jawab
Biar pi la ka lepa semua tu dah hang kelaur arqam ni rufaqa. bukannya hang tak reti kot. kalau hang kira nak tunggu janji lepaih janji tu tak menjadi awat hang keluar plak. takan hang kira nak senang la masa daulah nanti ni. kalau macam tu macam mana la hang tak terkeluar dari arqam dulu pasal hang kira kebendaan saja. sebab tu hang terkeluar kira hang ni yang tertapis la pasal hang perangai huduh. awat yang tak ikut lepa ni saja berjuang kan nama tuhan nak menegakan kalimah Allah kat muka bumi walaupun daulah tak berlaku masa Al-arqam dulu. tak tau la apa nak jadi lepaih kat hang dok kutuk orang nanti ni tau la. bukan nak bagi amaran tapi realitinya berlaku kepada orang yang kutuk jemaah ni. okkkk. Kurang mengutuk orang lebih baik kutuk diri sendiri. okkkk nasihat je harap terima dengan tiada perasaan sombong okkkkkkkk.

(Posted by guest: Ahmed Firdaus)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Wed Jan 12 03:32:20 EST 2005.
Jawab
Kita sebagai manusia memang tidak lepas dari kelemahan dan melakukan kesilapan,sebagai orang islam kita kena sedar satiap apa yang kita lakukan, yang kita perkatakan akan di hisab olih Allah di Akhirat nanti ,olih itu di dalam membuat teguran dan memberikan pandangan biar lah berakhlak dan bersopan ,perbaiki diri dulu sebelum menuduh dan memfitnah orang lain,takut takut orang yang kita tuduh dan fitnah itu adalah kekasih Allah ,bukan saja di dunia kita rugi dan Akhirat juga kita rugi lebeh malang lagi di campak pula dalam neraka jahanam ,ingatlah Rasullah pun pernah di tegur olah Allah kerena kesilpannya unrtuk di jadikan iktibar kepada kita .

(Posted by guest: Duratun Fatihah Saharuddin)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Thu Jan 13 08:50:32 EST 2005.
Jawab
saya dulu bekas budak arqam jugak... tapi dah dapat kesedaran tentang penipuan abuya ni... pun begitu saya masih lagi respek kat dia... tapi bila saya baca buku baru abuya ni (nasihat buatmu) saya rasa sangat terkilan kerana abuya pun dah macam orang biasa,, mengata, menghina dan memfitnah..

(Posted by guest: syah)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Sat Mar 05 13:08:51 EST 2005.
Jawab
Assalamualaikum W.B. Selamat sejahtera. Kepada, Tuan/Puan/Encik/Cik/Yg bhg Dato'/Datin/ Tan Sri/Toh Puan Sri/Yg Mulia Terima kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi menghantar khabar dan bahan bacaan kepada saya, untuk pengetahuan anda, sebenarnya saya merupakan anak kampung beliau, kampung saya hanya bersebelahan dengan kampung Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat ini. Oleh sebab itu, saya pun menghantar secebis ringkasan berita terkini mengenai diri saya kepada beliau sebenarnya dengan memperkenalkan diri saya sebetulnya. Tanpa saya sedari, berita yang saya tulis dijadikan tajuk dalam laman web beliau. Adapun saya hanya seorang anak kampung yang susah. Saya berasa bangga sebenarnya dengan pencapaian beliau dalam perniagaan mereka, akhir sekali diucapkan selamat bekerja dan selamat menempuh hari-hari yang mendatang. Ucapan saya ini juga ditujukan kepada keluarga & kenalan tak kira di mana sahaja. Ucapan ditulis pada 2.02 minit petang, hari Selasa, 8.3.2005. Yang Benar, Penulis.

(Posted by guest: Nor Ayudin Sufi Bin Hashim)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Tue Mar 08 05:41:48 EST 2005.
Jawab
Wahai abang, nampaknya kamu memang pecundang yang tak tahu malu. Tuhan dagi bagi kehidupan kepada awak, tapi awak ingkar kepada-Nya. Awak ada mata kan? Tak buta kan? Tapi nampaknya awak sekarang sdh buta, mau bukti? Buktiunya awak derhaka pada guru awak sendiri. Kalau orang yang derhaka kpd gurunya biasanya dia juga orang sangat durhaka kepada Tuhan. kjalau awak tak mau bertaubat, Elok awak duduk baik-baik tunggu masa tua. Tp ingat awak akan menghadapi kehidupan kekal abadi, awak akan mempertanggung jawabkan kederhakaan awak. Saya berdoa, semoga awak tidak mengikuti kawan-kawan lama yang ditulis oleh Ustz Asaari.

(Posted by guest: Oya)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Sun Mar 13 02:10:07 EST 2005.
Jawab
SABDA NABI SAW:BERKATALAH YANG BENAR WALAUPUN PAHIT. KALAU ABUYA BANYAK BERDUSTA DAN MENGADAKAN CERITA DAN RAMALAN YANG TIDAK BERLAKU LEBIH LEBIH LAGI MENGENAI KEDATANGAN IMAM MAHDI YANG KITA TUNGGU. BOLEHKAH SEORANG MEMPERAYAI PENDUSTA MENGATAKAN SESUATU YANG IMAM MAHDI AKAN TURUN AKAN BERLAKU TETAPI IANYA TIDAK BERLAKU WALAUPUN BELIAU MENDAKWA BERCAKAP BENAR. DAN MENGUNAKAN NAMA KEBENARAN DAN PENGARUH PERIBADI BELIAU UNTUK MEMBENARKAN KEDUSTAAN. BELIAU JUGA PERNAH BERSUMPAH DAN LANGGAR SUMPAH BELIAU DIDEPAN PARA ULAMA, ORANG AWAM. (SEKARANG INI) BELIAU JUGA MEREKA-REKA CERITA ALASAN KENAPA IA (IMAM MAHDI) TIDAK JADI DATANG. TAKUTLAH KEPADA ALLAH WAHAI ASYARI DAN PENGIKUT-PENGIKUT MU YANG TELAH KAMU IKAT DAN BUTAKAN DENGAN PENGARUHMU. JANGAN SEKALI-KALI MEMPERMAINKAN TENTANG IMAM MAHDI KERANA IMAM MAHDI ADALAH BENAR DAN DIA AKAN BERSAMA NABI ISA MEMRANGI MENENTANG KEKUFURAN, DAN MEREKA YANG MEMPERMAINKAN AGAMA OLEH ITU JANGAN SANGKA KAMU AKAN DISOKONG OLEH IMAM MAHDI ATAU NABI ISA DENGAN PERBUATAN KAMU MENAMBAH-NAMBAHKAN MEMBUAT CERITA DUSATA - BERKAITAN BANI TAMIM, IMAM MAHDI DAN MENENTU SHEIKH SUHAIMI IMAM MAHDI DAN KAMU BESUMPAH WAHAI ASAARI KAMU BERTAUBAT TAPI KAMU TELAH MELANGGARI SUMPAH DAN IKRAR TAUBAT KAMU - INI JELAS BUKAN SIKAP ORANG YANG ALIM MAHUPUN BERTAQWA MALAH AMAT JAUH UTK MENGGELARKAN DIRI SEBAGAI PENGIKUT NABI YANG BERANI DAN BENAR SANGGUP MEMPERTAHANKAN KEBENARAN, APATAH LAGI SEBAGAI MUJADDID KERANA JELAS IANYA ADALAH BERCANGGAH DENGAN SUNNAH NABI. DAN NABI MEMERINTAH AGAR BERCAKAP BENAR, BERANI, JANGAN TAKUT KECUALI ALLAH , JANGAN MENDAKWA DAN BERKATA APA YANG KAMU TIDAK TAHU, DAN JANGAN BERMAIN-MAIN DENGAN SUMPAH. SILA LIHAT AL QURAN DAN HADIS-HADIS SAHIH SERTA KETERANGAN ULAMA’ BERKAITAN PERKARA INI. ASAARI DAN PENGIKUT-PENGIKUTMU TUNGGULAH BALASAN DARI ALLAH KALAU KAMU MASIH BERMAIN-MAIN DAN TIDAK BERHENTI DAN KEMBALI KEPADA JALAN ALLAH DAN NABI SAW. KPD PENGIKUT-PENGIKUT ASAARI LIHATLAH DIRI SAUDARA/RI ADAKAH ASAARI ITU NABI ATAU BOLEH MELEBIHI NABI SEHINGGA APABILA PERCAKAPAN BELIAU BERCANGGAH DENGAN HADIS NABI DAN PARA ULAMA YANG SOLEH MAKA ASAARI TETAP KALIAN BELA - TAKUTLAH PADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT. DAN MALULAH KEPADA RASULULLAH DAN SAHABATNYA - JANGANLAH SAUDARA/RI MARAH ATAS NASIHAT INI. CUBA LIHAT SEJARAH BAGAIMANA KUMPULAN MUKTAZILAH, JABARIAH DAN QADARIAH YANG FASIH BERHUJJAH DENGAN QURAN DAN HADIS MEREKA ADALAH ORANG YANG ABID, WARAK – NAMPAK HEBAT SERTA RAMAI TETAPI TELAH DITENTANG OLEH PARA ULAMA ISLAM DENGAN BERANI KERANA KESESATAN MEREKA. SUPAYA KEJAHATAN DAN FITNAHNYA TIDAK MEREBAK. JANGAN KAMU SANGKA ALLAH MEMBIARKAN ORANG SEPERTI ASAARI INI SENANG BERGERAK DAN PENGIKUTNYA AKAN DITOLONG. SEBENARNYA ALLAH TELAH MENGERAKAN HATI PARA ULAMA’ UTK MENASIHATI BELIAU DAN PENGIKUTNYA SERTA MASIH MEMBERIKAN PELUANG UTK BERUBAH. SAYA BERHARAP JANGAN NANTI TERCATAT DI DALAM SEJARAH TERDAPAT SEKUMPULAN AJARAN SESAT YANG TELAH DITENTANG HEBAT OLEH PARA ULAMA’. OLEH ITU BERUBAHLAH SPT MANA ORANG SOLEH TINGGALKANLAH IKTIQAD YANG SALAH, AMALAH BIDAAH DAN SESAT SEBAGAIMANA YANG DIKATAKAN OLEH IMAM MALIK, IMAM SAYUTI, IMAM AHMAD BIN HAMBAL KETIKA MEMERANGI KHURAFAT DAN BIDAAH SERTA PENYELEWENGAN PADA MASA BELIAU. INGAT PESAN IMAM SYAFEI: APABILA TERDAPAT HADIS NABI MENUNJUKAN BUKTI DAN PENDAPATKU BERCANGGAH MAKA BENARLAH HADIS RASULULLAH DAN ITULAH MAZHABKU. INGATLAH PESANAN IMAM MALIK: PENDAPAT IMAM (MUJTAHID) BOLEH DITERIMA DAN DITOLAK APABILA (ADA BUKTI) KECUALI PENDAPAT RASULULLAH. IMAM MALIK BERKATA KETIKA BELIAU MENGAJAR MASJID ANNABAWI DIMADINAH ALMUNAWARAH. SELIDIKLAH DIRI KALIAN BANYAK MANA ALQURAN TELAH DIHAFAL DAN DIULANG (ADAKAH KALIAN MENGKHATAMNYA DALAM MASA TUJUH HARI ATAU SEBULAN) SEBAGAIMANA YG DIAMALKAN OLEH SAHABAT DAN PARA ULAMA'. ADAKAH KALIAN MEMAHAMI ISIKANDUNGANNYA MENERUSI BAHASA ARAB - BAHASA RASULULLAH ATAU KALIAN JAHIL BAHASA ARAB DAN TAFSIRNYA. BERAPA RIBU HADIS YANG ASAARI DAN KALIAN HAFAL DAN FAHAM SERTA MENGETAHUI MANA YANG SAHIH DARI YANG PALSU. ILMU JARH WATAADIL, ILMU QURAN, ILMU HADIS, USUL FIQH, FIQH MUQARAN, BAHASA ARAB ADAB ARAB, DAN ILMU-ILMU ISLAM LAIN. KALAU PERKARA ASAS INI ASAARI DAN KALIAN TIDAK MENGUASAI ATAU TIDAK TAHU BAGAIMANA BOLEH MENDAKWA ALIM, FAQIH DAN BENAR BAGAIMANA KALIAN BOLEH IKTIRAF BELIAU SEBAGAI CONTOH DAN MUJADDID.DAN MENGIKUTI NABI 100%. KETAHUILAH SAUDARA/RI PARA SAHABAT NABI MENDAPAT DIDIKAN TERUS DARI RASULULLAH HAFIZ ALQURAN, ALIM, MUJAHID BERSAMA NABI DAN MEREKA ADALAH UMPAMA BINTANG. ADAPUN ASAARI BUKANLAH HAFIZ QURAN, BEGITU JUGA IA TIDAK FAQIH ILMU-ILMU ISLAM, TIDAK MENGUASAI BAHASA ARAB, TIDAK TAHU BANYAK HADIS NABI TIDAK ADA ILMU YANG DAPAT MEMBEZAKAN ANTARA HADIS SAHIH DAN HADIS YANG LEMAH. TIDAK BELIAU JUGA MENGADAKAN CERITA BERKAITAN MAHDI SEDANGKAN MAHDI ADALAH CERITA BERKAITAN KEIMANAN TIDAK BOLEH DIPERMAIN-MAINKAN. JANGANLAH TERPEDAYA DENGAN KEWARAKAN SEORANG ABID YANG MENDAKWA ALIM KERANA SYAITAN AKAN MEMPERMAIN DAN MEMPERGUNAKAN KEJAHILANNYA UNTUK MENGELIRUKAN ORANG LAIN. INGATLAH PESANAN INI SESUNGGUHNYA SATU ORANG ALIM LEBIH SUSAH BAGI SYAITAN DARI 1000 ORANG YANG SANGAT ABID. JANGAN NANTINYA GHARAR ATAU TERTIPU DENGAN KEWARAKAN SENDIRI SEPERTI SYAITAN YANG KENAL DAN RAPAT DENGAN ALLAH TAPI TERTIPU DENGAN KEHEBATAN SENDIRI LALU TIDAK TAAT. ATAU SEPERTI AHLI KITAB YANG MENGENALI KEBENARAN DAN NABI MUHAMMAD TAPI MENENTANG KEBENARAN DAN NABI MUHAMMAD. BEGITU JUGA APABILA DATANG IMAM MAHDI BERSAMA PEMUDA BANI TAMIM YANG SEBENAR DAN IA TIDAK SAMA SEPERTI DAKWAAN ASAARI ADAKAH KALIAN AKAN SANJUNG ASAARI LAGI KALIAN TENTANG IMAM MAHDI TERSEBUT. ATAU KALIAN AKAN KATAKAN ASAARI DAN PENGIKUTNYA PEMBOHONG DAN MENGADAKAN CERITA BERKAITAN MAHDI DAN BANI TAMIM. KALAU KALIAN TENTANG IMAM MAHDI YANG SEBENAR MAKA KALIAN ADALAH MUSUH IMAM MAHDI DAN MUSUH ALLAH. KETAHUILAH KATAKANLAH KEBENARAN WALAUPUN IANYA PAHIT. KETAHUILAH ASAARI BUKAN PEMUDA BANI TAMIM. DIA SUDAH TUA DAN ORANG JAWA.IMAM MAHDI DAN PEMUDA BANI TAMIM ADALAH PEMUDA SEPERTI MANA NABI SAW YANG DIUTUSKAN KETIKA BERUSIA 40 TAHUN SILA LIHAT HADIS- HADIS DAN KETERANGAN ULAMA MENGHURAIKAN IMAM MAHDI DAN NABI ISA AS. OLEH ITU JANGAN TERTIPU DENGAN PEMBOHONGAN ASAARI. INGAT LAH HADIS NABI SAW: PARA NABI TIDAK MEWARISI KEKAYAAN DAN HARTA TETAPI MEREKA MEWARISKAN ILMU ( ALQURAN DAN ASSUNNAH) LIHATLAH DAN RENUNGLAH SERTA BANDINGKAN HADIS INI. BANYAK MANA ASAARI MEWARISI ILMU (ALQURAN DAN HADIS) BELIAU TIDAK BERHUJJAH DENGAN HADIS MELAINKAN BANYAK MANA KATA-KATA BELIAU SAHAJA. BERCANGGAH DENGAN HADIS NABI, PARA SAHABAT DAN ULAMA-ULAMA YANG SOLEH. MEREKA SEMUANYA BERSANDARKAN DAHULU KEPADA ALLAH DAN RASULULLAH SAW. KETAHUILAH ILMU ALLAH ADALAH DATANG DENGAN BERTAFAQQUH (BELAJAR DARI ORANG BERILMU) ALLAH BERFIRMAN: SIAPA YANG ALLAH INGINKAN KEBAIKAN KEPADANYA MAKAN ALLAH AKAN MEMBERINYA KEFAQIHAN - NABI SAW: BERSABDA : SESIAPA YANG BERJALAN DISATU JALAN UTK MENDAPATKAN ILMU MAKA ALLAH AKAN MEMPERMUDAHKANNYA JALAN KESYURGA. ALLAH BERFIRMAN: MEREKA YANG TAKUTKAN ALLAH DEKALANGAN HAMBANYA ADALAH PARA ULAMA’ . KESEMUA SIPAT KEMULIAN, ILMU, MEMERLUKAN PEMBELAJARAN SEBAGAIMANA PARA SAHABAT MEMPERLAJARI ILMU DARI RASULULLAH SAW. SAUDARA/RI TERUSKANLAH KETAQWAAN, IBADAT, AKHLAK YANG MULIA, EKONOMI ISLAM DAN DAKWAH TETAPI PERANGILAH PEMBOHONGAN ASAARI. SEHINGGA BELIAU BENAR-BENAR INSAF DAN KEMBALI KEJALAN BENAR DAN JAUH PEMBOHONGAN, KHURAFAT DAN MEREKA-REKA CERITA . SUPAYA UMAT ISLAM INI SELAMAT DARI FITNAH TUKANG KARUT KHURAFAT DAN BERADA DALAM PERSAUDARAAN KASIH SAYANG, BERPENGANG DENGAN TALI ALLAH DAN MENGIKUTI SUNNAH NABINYA. PERANGILAH APA SAJA KESESATAN, BIDAAH, KHURAFAT, MAKSIAT DAN PERJUANGKANLAH KEBENARAN WALAUPUN IANYA PAHIT. MARILAH KITA BERSATU DALAM IMAN DAN ISLAM DAN MARILAH KITA SAMA-SAMA BELAJAR LAGI DARI MEREKA YANG FAQIH DAN SOLEH. JAUHILAH MARAH DAN GUNAKANLAH AKAL DAN HATI NURANI KETIKA BELAJAR DAN BERHUJJAH.

(Posted by guest: MUHAMMAD BIN ABDULLAH ATTAMIMI)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Tue Mar 15 02:51:36 EST 2005.
Jawab
kenape ye dulu kata suara wanita aurat, tetibe boleh pulak menyanyi kat pentas lak tu. dulu baju jubah purdah habis, skrg pesen-pesen lagi tudungpun dah makin-makin singkat. anak dara cun-cun lak yang nyanyi tu. tejojol mata abang-abang kat bawah. Satu lagi nak tanya kenapa susah sgt nak sebut allah yek, semuanya dah tukar jadi 'tuhan'. dlm nasyid tuhan, dalam sajakpun tuhan. cubalah sebut Allah, dpt gak pahala. Tuhan ni umum. Org kapirpun sebut tuhan.

(Posted by guest: zetty)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Mon Mar 28 10:11:34 EST 2005.
Jawab
semoga dapat menempilkan imej yang baru menepati citarasa moden tetapi berlandaskan syara'. semoga lagu terima kasih tuhan akan terus bertapak dengan jayanya. sekian wassalam doakan kejayaan saya dalam PMR 2005 NAIM

(Posted by guest: faizah)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Thu Apr 07 07:18:24 EDT 2005.
Jawab
saya berharap agar kumpulan ini dapat mengadakan konsert di kota bharu,kelantan agar masyarakat dikelantan dapat mengenali lebih dekat lagi mengenai biodata kumpulan mawadah saya amat menyukai lagu terima kasih tuhan

(Posted by guest: raihan)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Thu Apr 07 07:22:24 EDT 2005.
Jawab
Assalamualaikum... Saya masih di dalam delima, mengapa kumpulan qathrunnada diganti dengan mawaddah? Saya amat gembira pabila qathrunnada muncul di persada seni. Segala kegiatannya saya ikuti. Kerana perjuangan dakwahnya, apa yang mereka nasyidkan membuatkan hati saya menjadi insaf dan sayu tetapi mengapi hati ini tidak dapat menerima mawaddah walaupun mereka juga memperjuangkan Tuhan... Yang saya ingin tahu, ke manakah perginya kumpulan qathrunnada dan mengapa mereka mengundur diri? terima kasih.

(Posted by guest: peminat seberang)
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Fri Apr 29 16:26:55 EDT 2005.
Jawab

mamat_gempaq2000
ko ni dah la nama tembakau.kepla lutut bersipul, blajar stakat tabika slamber nak kutuk org...aku rase ko x knal aku.aku otai kat KL, walaupun aku x ikut ABUYA tp aku respect kat die..die bangsa melayu beragama islam die boleh membangun walaupun dier kene ISA sbb tu aku respect die...yg ko tu badigol sgt tu buat pe!!!!!org islam nak membangun pun ko x sokong ko ni mmg celaka!!!blah la nak cakap tengok dlu,ko tau setiap perkembangan rufaqa aku ikut.dlu aku mcm ko jugak suker sgt kutuk dan fitnah die pastu biler aku selidik3x...rupanye die betul jadi sebelum ko kutuk die baik ko selidik sekali lg.aku tau org mcm ko ni semayang mcm haram nyer...semyg jumaat jer, arie lain ko tinggal,aku bukan tak knal orang yg ckp mcm ko ni..ko kire beruntung la dlu ko dah ikut arqam bleh katekan dah baik la pastu ko blah gitu jer,ghugi giler ah!!!kalau la aku jdi ko dlu aku x blah nyer ahhhhh......sbb aper,aku nengok budak rufaqa skang ni paling baik aa kat malaysia kalu nak banding ngan ko aku rase ko ni mcm siot jer!!!.......ok la aku pun dah penat nak taip keyboard ni,aku ingatkan ko lg skali drpada ko kutuk ABUYA baik ko serang SPORT TOTO lagi bagus, jdi kalaulah ko nak cari aku...cari kat complex teruntum kat KL,ko sebut je mamat gempak sumer org knal aku!!!ok.gua cau dlu..semuga mulut ko bertapis lain kali..see u
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Mon Jul 11 08:19:00 EDT 2005.
Jawab

burn
abg 1,2,3 sume gila.....
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Wed Jul 13 11:15:38 EDT 2005.
Jawab

gaharu
Perhatian utk tuan2 dan puan2,MAWADDAH dan yang dah maut...Apa la korang ni,apa yg si abang ni nasihat terima je la...tak usah komen2.Nak komen dlm hati,punyer pasal..Yg terbaik amik shj teguran walau dr seorang musuh...dia nasihat mcm tu sbb dia x tau hakikat ASAARI tu mcm yg korang kenal...so adil la...Kalau korang dh kenal ASAARI tu baik,bagus le...tapi...buat le apa2 yg baik selagi tak langgar syariat,pastu buat satu2 kebaikan tu sebaik2nya jgn bertaqlid,lain le kalau kita ni tahap IQ lemah smpai belajo punlembab tak hapa la,lps tu dh penat2 korang buat kebaikan yg korang yakini tu mohon2 la pd TUHAN agr dia yg MAHA BENAR tetapkan korang dlm KEBENARAN yg HAKIKI bukan KESESATAN.so...aku tk pihak pd sesape...pikiaq2 la ok....cau dulu mawaddah dan anak solehh...
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Wed Nov 09 14:30:32 EST 2005.
Jawab

mrfi
kenape kat dalam forum nih korang asyik kate Tuhan ..tak sebut Allah...kenape...satu lagi...yang korang nak agung2kan sangat asaari tu ape hal..cukuplah Nabi kite Muhammad SAW tu... ikut Al-Quran..ikut Sunnah..selamat dunia akhirat..
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Sat Sep 22 06:20:00 EDT 2007.
Jawab

mrfi
Kembali la ke pangkal jalan...
posted to untuk Mawadah dan Anak Soleh Production. at Sat Sep 22 06:21:07 EDT 2007.
Jawab
Add: Photo | Video | New Post
View: Recent Photos | Recent Videos | Recent Posts | My Page | My Account

Global Coordinate ©2008 All rights reserved.